|
Kenangan yang dihargai :)
Monday, 2 September 2013 @ 03:11 | 0 Heart [s]
Hallo , hari nie aku tiba-tiba rasa nak update blog aku dengan cerita pasal dia . Dia ?? dia tu kawan tempat kerja aku laa . hehe . Hurm , okay . sekarang dah setahun setengah aku tak jumpa dia . start aku berhenti kerja tahun lepas , aku dah jarang jumpa dia . Bukan apa nak kata aku rindu adalah sikit . tapi sebagai kawan je laa . hurmm , apa la khabar dia kat tempat orang tu ? dah laa mesir tu sekarang ada penggolakkan antara sendiri . Kadang-kadang aku ada jugak terfikir keadaan dia kat sana lagi-lagi sekarang . Susah nak ramalkan macam mana .
Tapi aku nie ego ! aku bukan nak tanya khabar dia . aku bukan nak chat dengan dia bila dia online facebook . Dia ada la jugak comment gambar aku . tapi aku kekadang buat tak tahu . Ego ker sombong tu ?? hurm , kedua-kedua kowt . hoho . tapi sebenarnya aku tak sombong . cuba korang start dulu . aku nie agak pemalu sikit . Seriuos , Aku mengaku aku tak pandai nak mulakan sesuatu perbualan . Tapi kalau orang dah mulakan In Sha Allah aku layan .
Okay , kekadang kawan-kawan tempat kerja aku yang lain , tak pon kawan aku yang kenal dia mesti tanya pasal dia kat aku . Memang la dulu aku rapat dengan dia . tapi tu dulu . lagipon weeyyy ! aku bukan bodyguard dia laa . mana la aku taw . aku sendiri pon jarang giler contact dia . Walaupun kita orang online facebook kita orang jarang chat . Sometime , kalau tengok dia online , niat dihati adalah jugak nak tengur . tapi kalau dah tegur aku takot , aku malu , aku taktahu nak cakap apa dengan dia . huhuu
Tapi tipu la aku tak rindu kat dia . Aku selalu terigat kenangan-kenangan masa kerja dulu . Walaupun aku kerja untuk beberapa bulan jer . Ada yang manis dan ada yang pahit . Biasalah lumrah berkerja memang kekadang selalu kena marah . hahaha . Tapi kenangan aku dengan dia banyak doee . Sampai orang kata aku dengan dia macam ada " SOMETHING " . padahal kiteorang kawan jer . Bila aku balik KL dan aku turun kat pudu . Aku terigat yang kita orang pergi amik stok kat A&W Cahaya Suria . Sampai manager Cahaya Suria pon kata " hish , asyik-asyik awak berdua jer " haha aku senyum jer la yang mampu . Bukan manager diaorang je yang perasan . perkerja diaorang pon ada yang perasan . haha malu siotttt . Tapi aku yang gatai nak ikot . alorhh , orang dah ajak . aku on je laa.. hewhew . Bila aku balik KL dan bapak aku jalan kat Kampung Baru . Aku terigat yang ko pernah bawa aku naik motor g ronda-ronda lepas balik amik stok kat Cahaya Suria . Dia bawa aku tengok Restoran Kapal yang ada kat Kampung Baru . Dia bawa aku teman dia isi minyak motor laa . hehe itu tinggal kenangan . Bila aku balik KL dan aku g jalan-jalan kat jalan TAR . Aku mesti usha A&W . Aku terigat masa kitaorang kerja kat sana . Lagi-lagi masa kitaorang rehat . Kitaorang selalu rehat sesama . Entah memang dah satu hobi rehat sesama . haha . Ha, lagi-lagi masa miss aku suro aku rehat ngan dia sebab nak bagi budak tempat kerja aku yang suka dia tu jeles . Haha masa tu lawak giler . aku pon ikot je laa plan miss . Budak tu memang jeles kowt . Lagipon , dia memang tak suka budak tu pon . Budak tu pandang aku lain macam . Ada je dia nak jeling-jeling aku . Siap dia tanya dila laa . Time tu aku rasa nak tergelak kuat-kuat tapi aku tahan jerr . Haha Aku terigat lagi , setiap aku balik malam masa kerja . Dia selalu tunggu aku sampai bapak aku betul-betul sampai . Dia kata " tak gentlemen la tinggalkan perempuan " tapi memang time dah sunyi . Mana taknye dah dekat pukul 11 . hehe Ada suatu hari , bapak aku tak boleh jemput . Semua family aku g kenduri malam . Aku lupa . sampai sir suro aku OT aku okay jerr . Dah pukul 10 lebih . nak naik bas memang aku berani laa . hahaha . Tapi dia tawarkan diri dia nak hantar aku . Aku pon okay jer laa . lagipon aku dah bagitaw mak bapak aku . Walaupun , aku tahu dia tak berapa sangat pasal jalan-jalan . Dia jarang kuar jalan-jalan naik motor ngan kengkawan dia . ye la budak pandai . SPM dapat straight A's tu . Malu pulak dengan keputusan aku . hurmm , Lepas dah hantar aku tu , aku lupa nak igatkan dia jalan balik macam mana . Kecian dia sampai dia tersesat ke Genting highland . sebab dia salah amik lorong . kecian diaa.. Haha kenangan tetap kenangan . Kenangan tak dapat dikembalikan menjadi nyata melainkan dapat menjadi memori yang dapat diigat sampai bila-bilaa . Dear sahabat ,,,, aku nak minta maaf kalau aku ada sakitkan hati kau dengan sengaja atau pon tak sengaja . Aku nak ucapkan Terima Kasih banyak-banyak yang kau banyak tolong aku semasa kita kawan nie . Aku rasa aku takde balas pon pertolongan kau . Maafkan aku . Aku amat hargai dan bangga ada kawan macam kau . Aku doakan kau berjaya dalam hidup dan berbahagia disamping keluarga tercinta dan kawan-kawan . Harapan aku satu jer , aku harap kau tak lupa aku bila kau dah berjaya dalam hidup dan menjadi doktor yang kau impikan . Serious , kalau masa boleh berputar akan aku putar . tapi sayangnyaa semua tu tak boleh terjadi . -FAZ - REWIND ME THE PAST | MY SWEET FUTURE |
![]() ASSALAMMUALAIKUM ! Selamat Datang ^_^ Cinta tidak akan hadir tanpa kasih sayang..Tapi kasih sayang akan hadir dengan adanya cinta.. ![]() |